Pada 12 Januari yang lalu, Bahasa Malaysia Apostolate dari Gereja Divine Mercy Sg. Ara Pulau Pinang telah buat pertama kalinya menganjurkan satu seminar “Penguatan Dan Pemantapan Iman" dalam Bahasa Malaysia yang dihadiri oleh 72 umat. Dua orang Franciscan Sister, iaitu Sr. Florence dan Sr. Noemi telah dijemput untuk memberi ajaran pada hari tersebut. Topik-topik yang dikongsikan merangkumi sejarah Gereja Katolik, iman menurut gereja Katolik, penyembahan dan devosi, Allah tritunggal, serta kepimpinan dan pentadbiran gereja.
Oleh kerana kebanyakan peserta berasal dari Sabah & Sarawak, mereka begitu senang dengan penyampaian para Sister dalam Bahasa Malaysia. Seminar tersebut telah mendapat sambutan yang sangat positif dari umat-umat yang hadir dan mereka berharap lebih banyak seminar sebegini diadakan lagi. Seminar tersebut adalah salah satu program formasi di bawah paroki Gereja Divine Mercy pada tahun ini yang bertujuan untuk membantu umat dalam memperdalamkan pemahaman mereka tentang kepercayaan dan ajaran Katolik, dengan harapan ia dapat memperkembangkan iman umat untuk menjadi pengikut dan saksi Kristus yang lebih baik. BM Apostolate mengucapkan ribuan terima kasih kepada Paderi Paroki, Rev. Fr. Martin Arlando di atas sokongan dan dorongannya dalam menjayakan seminar ini.
-oleh Karen Giom.