Tuhan itu maha baik dan maha penyayang… seringkali kita mendengar mukjizat2 yg terjadi di sekeliling kita yang tanpa kita sedari suatu hari nanti mungkin kita akan beroleh mukjizat itu atas iman yang kita pertaruhkan dalam doa-doa yang kita sampaikan setiap masa, apatah lagi jika sebelum ini kita adalah insan atau seorang yang mungkin tidak serius dalam kehidupan rohani atau dalam pelayanan kita atau mungkin enggan menyahut panggilan Tuhan dalam tugas yang diberikanTanpa kita sedari kita terleka untuk mensyukuri segala nikmat yang telah kita peroleh dan kita terlupa akan buah doa yang telah kita ucapkan setiap hari…
Pada Februari 2022 selepas pandemik reda dan sedikit pulih sya meneruskan temujanji di klinik pakar o&g GHPP untuk tujuan rawatan kesuburan dan IVF treatment….tetapi mungkin juga Tuhan ingin melihat sejauh mana saya bersabar dan sanggup memikul salib nya selama 14 tahun perkahwinan saya…sya telah diberitahu oleh doktor bahawa saya mengalami Kanser Rahim tahap 3…satu penyakit yang sangat digeruni oleh semua orang…pada masa itu saya rasa dunia saya gelap dan terdiam seketika….dalam hati sya…kenapa saya yang diuji sampai tahap ini..dan satu saat saya berfikir…jika aku mati pada saat ini adakah cukup amal ibadat yang telah aku lakukan…apakah aku dapat meminta maaf kepada semua orang yang berada disekeliling ku..adakah aku sudah cukup membahagiakan keluarga ku….pada masa itu saya sangat2 kecewa dan merajuk dengan Tuhan …tapi jauh dilubuk hati saya ….saya tau Tuhan pasti ada sesuatu yang lebih baik untuk saya selepas ini….pembedahan pertama berjaya pada Februari 2022…dan saya pun pergi ke St Anne BM utk didoakan …ketika didoakan oleh Fr Nelson dan dioleskan oleh minyak pengurapan…saya sangat tersentuh dengan buah doa beliau yang berbunyi ‘patahkan lah semua kuasa2 kedukunan dan kuasa kegelapan dalam hidupnya’ dan saya percaya pasti ada mukjizat didalam hidup sya dan saya berdoa sepenuh hati kepada Tuhan untuk peluang kali ke2…dan sekiranya saya sembuh….jadikan saya manusia baru yang dapat menjadi alat kerajaan syurgamu yg dpt mewartakan kasih Allah di semua tempat tidak kira apa bangsa dan agama sekalipun…kerana saya tau Tuhan sudah menjawab doa sya sebelum ini,mustahil Dia tidak mengabulkan doa sya kali ini…
Saya berpegang teguh kepada ayat dalam alkitab (Mat 7:7-11)
Pada 28 April pembedahan kali ke2 berjaya dilakukan iaitu pembuangan seluruh aset setiap wanita yang paling berharga..rahim ovari tiub dan salur limpatik saya dibuang sepenuhnya…perkataan terakhir sya sebut sebelum sya ditidurkan adalah YESUS & BONDA MARIA..ketika tiada doa yang mampu diucapkan pada saat getir dengah hanya menyebut nama Yesus sudah cukup memadai buat saya saat itu..seminggu selepas pembedahan(mustahil untuk kita bangun selepas major operation di bahagian abdomen) saya dtg merayakan pesta gawai kaamatan di CDM dengan penuh kesyukuran dan saya ketepikan kesakitan sya pada masa itu ..ketika saya membawa Hosti saya yakin ada tangan Yesus yg memegang dan menopang saya…saya yakin Tuhan Yesus sendiri menuntun dan membimbing saya pda ketika itu…
Sebulan selepas pembedahan…saya berjumpa semula dengan doktor pakar untuk temujanji….kali ini dengan belas kasih ALLAH dia sekali lagi menyatakan kebaikan nya …doktor tersenyum melihat saya dan mengatakan kanser saya hanya berada di peringkat paling awal dimana saya tidak perlu melakukan rawatan kemoterapi atau radioterapi dan hanya perlu dimonitor setiap 3 bulan…sya menangis pada saat itu kerana Tuhan betul2 telah mengabulkan permintaan dan mendengar doa saya….syukur Puji Tuhan atas doa dari keluarga dan rakan-rakan
Dan saya teringat doa yang saya minta pada saat saya lemah..sekiranya saya diberi peluang kali ke 2 untuk sihat seperti sedia kala dan selagi termampu saya akan bekerja di ladang nya Tuhan….sya akan bangkit dan bersedia menjadi alat kerajaan syurganya untuk mewartakan kebaikan Allah lebih2 lagi melalui perkataan dan perbuatan saya… Halleluia Puji Tuhan atas cinta kasih Allah yang tiada batasnyakerana dengan iman juga saya telah diselamatkan
Yakobus 5:15